Anggota Rejimen 511 Askar Wataniah ke Sibu

Iklan

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Azhar Ahmad (tengah) melaungkan kata-kata semangat"Gempur Wira" sebelum melepaskan anggota Rejimen 511 Askar Wataniah yang ditugaskan ke Sibu bagi membantu Kerajaan Negeri Sarawak dalam mengekang penularan COVID-19.

Turut sama Komander Rejimen 511 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Abang Mohamad Abang Marzuki (kanan).

Iklan
Iklan

Seramai 6 pegawai dan 120 anggota tetap dan sukarela diaturgerak bagi memperkasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu, Sarawak. Atur gerak ini adalah dimensi baru dan yang pertama seumpamanya melibatkan pegawai dan anggota sukarelawan. - Foto Bernama