PKPD Felda Tersat, Ajil

Iklan
Anggota polis memasang kawat duri di pintu masuk Felda Tersat, Ajil yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa hari ini hingga 17 Feb ini ketika tinjauan hari ini.

Pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan Kementerian Kesihatan melakukan saringan secara bersasar yang melibatkan 583 penduduk di 198 buah rumah serta mengawal jangkitan COVID-19 dalam komuniti di felda tersebut. - Foto Bernama