Maqis patahkan cubaan seludup 21 tan kobis

Iklan
Maqis merampas kobis yang cuba dibawa masuk di Kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam pada Selasa.

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk kobis yang tidak sah ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada Selasa.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, lori bernombor pendaftaran Thailand itu ditahan oleh pihaknya kira-kira jam 6.20 petang ketika melakukan pemeriksaan rutin di kompleks berkenaan.

Iklan
Iklan

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas lori berkenaan berjaya menemui sebanyak 21,160 kilogram kobis yang dianggarkan bernilai RM21,160.

"Sayuran itu didapati tidak mematuhi syarat import seperti mana yang telah ditetapkan iaitu gagal mematuhi Perakuan Pengredan, Pembungkusan dan Perlabelan sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil 3P.

Iklan
Iklan

"Kesemua barangan itu ditahan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.