ATM boleh buat tangkapan, pemeriksaan

Iklan
Muhyiddin - Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk menurunkan kuasa polis kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan keupayaan tindakan penguatkuasaan kerajaan memerangi Covid-19.

Menurutnya, ia bagi membuat penangkapan, pemeriksaan dan rampasan semasa membantu agensi-agensi lain melakukan tugas pencegahan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan operasi pencegahan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Saya juga telah mengarahkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang berjumlah lebih tiga juta orang di seluruh negara untuk membantu tugasan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di premis-premis perniagaan dan tempat awam,” katanya dalam Perutusan Khas mengenai pelaksanaan darurat dan pemasyhuran Ordinan Darurat dalam mengurus pandemik Covid-19 disiarkan di saluran televisyen dan media sosial rasmi kerajaan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, kerajaan akan turut melaksanakan Program Pemerkasaan Komuniti.

Iklan

"Ia akan melibatkan pemimpin masyarakat setempat dalam kempen pencegahan Covid-19 di peringkat komuniti masing-masing,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa Persatuan Farmasi Malaysia (PFM) menyarankan kerajaan mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat di negeri ini yang akan menerima vaksin Covid-19 pada penghujung Februari depan.

Iklan

Presidennya, Amrahi Buang berkata, kempen tersebut boleh diadakan menerusi komuniti sedia ada.