Guan Eng sila jawab: Ka Siong

Iklan
Wee Ka Siong

SHAH ALAM - MCA mengirimkan soalan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung kelayakannya sebagai akauntan profesional bertauliah.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata terdapat dua perkara pelik mengenai maklumat diterimanya.

Iklan
Iklan

"Mengikut maklumat yang disiarkan di dalam laman web peribadi Guan Eng, beliau menjadi seorang akauntan profesional bertauliah pada tahun 1983 tetapi mengikut laman web rasmi Monash University, beliau memperolehi ijazah Bachelor of Economics pada1984.

"Secara terus terang, saya kata saya tak pernah meragui kelayakan ijazah Guan Eng dari Monash University tapi, macam mana Guan Eng dapat menjadi seorang akauntan professional yang bertauliah pada tahun 1983 pula, setahun sebelum memperolehi ijazahnya dari Monash University?,” tanyanya melalui kemaskini status di Facebook, hari ini.

Iklan

Selain itu, beliau membangkitkan soal negara mana yang menerima pemegang ijazah sarjana muda ekonomi sebagai akauntan profesional bertauliah.

"Bagaimanakah proses pengiktirafan akauntan profesional bertauliah dijalankan? Pengiktirafan dari negara kita atau luar negara?

Iklan

"Saya juga ingin mengetahui negara manakah yang sudi menerima pemegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Bachelor of Economics) untuk menjadi akauntan profesional bertauliah?

Sebagai seorang pemimpin politik yang sentiasa melaung-laungkan slogan ‘Credibility, Accountability and Transparency’ (CAT), Lim Guan Eng janganlah diam-diam, sila jawab!,” katanya.

Isu berkaitan pendidikan menteri Kabinet hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas seorang timbalan menteri didakwa memiliki sijil akedemik palsu.