Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 dijangka mulai Mac ini

Iklan
Ron Hogg

KEJUARAAN Cub Prix Malaysia Petronas 2021 akan kembali menyajikan 10 pusingan perlumbaan bermula bulan depan dengan empat daripadanya akan tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dua lagi pusingan akan dianjurkan di Litar Tangkak, Johor, dua lagi di Terengganu manakala baki dua lagi lokasi perlumbaan iaitu pusingan kelima dan kesembilan, masih belum ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya tiada halangan, pihak Cub Prix berharap akan memulakan musim 2021 bulan depan namun harus diingatkan bahawa jadual ini masih tertakluk kepada perubahan semasa,” kata penganjur kejuaraan itu, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Menurutnya, jadual sementara itu diatur mengikut prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19 dengan mengambil kira andaian penonton masih lagi tidak dibenarkan berada di litar bagi musim ini.

Iklan

Dalam masa yang sama, pihak Safe Aim Mutual juga berhasrat menghidupkan semula Kejuaraan Mini Cub Prix yang dikhaskan untuk pelumba cilik berusia enam sehingga 12 tahun, di mana aktiviti ‘pocket bike’ ini dijangka akan bermula pada bulan Mei atau Jun nanti.

Berikut jadual Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021:

Iklan

Pusingan 1: Sepang Selatan (20-21 Mac)

Pusingan 2: Tangkak, Johor (10-11 April)

Pusingan 3: Tangkak, Johor (22-23 Mei)

Pusingan 4: Litar Permotoran Terengganu (26-27 Jun)

Pusingan 5: akan dimaklumkan (9-10 Julai)

Pusingan 6: Sepang Utara (7-8 Ogos)

Pusingan 7: Sepang Selatan (4-5 September)

Pusingan 8: Litar Permotoran Terengganu (9-10 Oktober)

Pusingan 9: akan dimaklumkan (13-14 November)

Pusingan 10: Sepang Utara (18–19 Disember)

- Bernama