'Bukan komen Ahmad Faizal'

Iklan
Tangkap layar yang tular menunjukkan kononnya Ahmad Faizal membuat komen di Facebook.

IPOH - Komen yang tular menggunakan nama Faizal Azumu di media sosial pada poster Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan dilakukan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber terdekat Ahmad Faizal menafikan komen tersebut ada dibuat di ruangan Facebook berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita syak ini perbuatan troll pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan kita menafikannya.

"Adalah mustahil untuk page rasmi YB Datuk Seri Ahmad Faizal membuat komen sedemikian," jelas sumber tersebut secara ringkas.

Iklan

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp menggunakan nama Faizal Azumu itu dikesan pada petang Khamis selepas perutusan berkenaan.

Bagaimanapun tidak diketahui sumber dari akaun Facebook yang tertera komen tersebut.

Iklan

Komen yang dikongsi, 'ada mesej ke nak bual kosong abah.. kalau nak bual kosong mesej je la.. kalau nak bagi duit no acc dah ada kan bank in je la.. kalau nak bagi fakta bagi poster je la..'

Ahmad Faizal merupakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga bekas Menteri Besar Perak.