TERKILAN! Itulah yang dapat digambarkan perasaan Ketua Jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pasukan itu tidak layak beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Sulaiman yang dihubungi Sukan Sinar mendedahkan pihaknya sudah berusaha sedaya upaya memberi penjelasan situasi yang berlaku dalam UKM FC untuk meminta penangguhan, namun alasan itu tidak dilayan pentadbir Liga-M itu.
"Sejak pertukaran kerajaan, ada tiga kali berlaku pertukaran Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Oleh sebab itu, kami minta penangguhan sehingga 15 November kerana kami belum ada pengerusi.
"Selagi belum ada pengerusi, mana boleh kami nak buat keputusan sewenang-wenangnya. Jadi, itulah alasan yang kami beri, tapi MFL kata alasan itu tak cukup kuat. Kami nak beri alasan apa lagi?," soalnya.
Jelasnya lagi, disebabkan keputusan drastik itu, beliau dan pemain kini digantung tak bertali, selain ia berpotensi menjejaskan periuk nasi mereka.
"Kami kekal di Liga Premier atas faktor merit. Kami tiada masalah gaji, malah prestasi kami juga cukup baik. Tetapi sekarang, mana kami mahu pergi? Dengan kebanyakan pasukan sudah ada pemain sendiri, kami hendak pergi mana?
"Bukan hanya saya, malah pemain-pemain yang terdiri daripada pelajar universiti juga mengharapkan gaji daripada bola sepak untuk kelangsungan hidup dan pelajaran mereka. Bila jadi macam ini, habislah periuk nasi kami," katanya.
Pada masa sama, Sulaiman turut berharap MFL dapat mempertimbangkan semula keputusan itu dan memberi peluang kedua kepada UKM FC beraksi di Liga Premier musim depan.
"Pagi ini (semalam) kami sudah menghantar rayuan kali kedua kepada MFL. Diharapkan MFL bantulah kami kerana UKM FC juga membawa imej mereka dalam saingan liga," katanya lagi.