Pasar tani 12 jam pertama di Terengganu

Iklan
Mohd Zulkhairi (kiri) sewaktu turun padang ke Pasar Tani Masjid Bukit Perah meninjau operasi jualan.

HULU TERENGGANU - Pasar Tani Masjid Bukit Perah, di sini, melakar sejarah tersendiri dari segi waktu jualan apabila menjadi pasar tani pertama di Terengganu beroperasi selama 12 jam.

Pembaharuan ini dilaksanakan bermula Januari lalu hasil daripada permintaan pengunjung dan mereka turut diraikan dengan acara cabutan bertuah secara bulanan.

Iklan
Iklan

Pasar Tani terletak di hadapan Masjid Kampung Bukit Perah yang beroperasi setiap Ahad bermula jam 8 pagi hingga 8 malam itu adalah pasar tani 'bongsu' di daerah ini.

Pengawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zulkhairi Razak berkat, pasar tani itu baharu beroperasi pada April 2017 dan jumlah peniaga seramai 15 orang.

Iklan

"Pembaharuan ini sekali gus menjadikan pasar tani pertama di Terengganu punyai waktu urusniaga lama begini. Pelaksanaannya hasil permintaan penduduk setempat serta pihak pengurusan masjid.

"Kesemua peniaga terlibat ada sebahagian datang petang sahaja terutamanya melibatkan jualan makanan, manakala bagi sayur-sayuran serta ikan berniaga sebelah pagi hingga tengahari," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan