YAN - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Menghapuskan Kematian dan Dera Dalam Jagaan (Edict) menggesa siasatan dilakukan terhadap kematian seorang lelaki yang ditahan polis di Yan pada 28 Januari lalu.
Pengerusinya, M Visvanathan berkata, mangsa berusia 31 tahun dilaporkan meninggal dunia sehari selepas ditahan.