Ibu tergamak sedut keluar darah anak sendiri

Iklan
Wanita yang juga jururawat terlatih itu melakukan 110 kali prosedur menyedut keluar darah anaknya menggunakan kateter.

COPENHAGEN - DENMARK. Seorang ibu berusia 36 tahun di Denmark dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyedut keluar darah anaknya selama tempoh lima tahun.

Wanita terbabit yang juga seorang jururawat terlatih tergamak melakukan 110 kali prosedur itu menggunakan kateter ketika anak lelakinya berusia antara satu dan enam tahun.

Iklan
Iklan

Dia memberitahu hospital jumlah platelet rendah yang dialami mangsa kononnya kerana masalah penyakit sumsum tulang yang jarang berlaku.

Doktor bagaimanapun mengesyaki sesuatu mencurigakan dan melaporkan perkara itu kepada polis yang bertindak memasang kamera tersembunyi di dalam flat keluarga itu di Skjern di barat Denmark.

Iklan

Wanita itu turut berkongsi kisah tentang anaknya yang kononnya sakit semata-mata mahu menagih simpati masyarakat.

Hasil pemeriksaan psikiatri dilakukan ke atasnya mendapati dia mengalami sindrom Munchausen yang menyebabkan seseorang itu mereka keadaan perubatan atau pura-pura sakit untuk anaknya kerana mahu mendapat perhatian orang ramai.

Iklan

Difahamkan, kanak-kanak itu yang kini berusia tujuh tahun tinggal bersama bapa dan dua adik beradiknya yang lain serta turut mengalami tumbesaran fizikal agak perlahan berbading rakan seusianya. - Daily Mail