Mourinho kritik pengadil

Iklan
Penyerang Spurs, Carlos Vinicius (tengah) cuba melepasi kawalan pertahanan Chelsea pada perlawanan berkenaan.

PENGENDALI Tottenham Hotspur Jose Mourinho mengkritik keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada Chelsea sebagai punca kekalahan 0 - 1 skuad kendaliannya itu pada awal pagi Jumaat.

Menurut Mourinho, keputusan pengadil perlawanan Andre Marriner itu disifatkannya sebagai satu keputusan yang salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Iklan
Iklan

Katanya, biarpun keputusan itu mendapat bantahan daripada kesebelasan Spurs, namun Marriner dan pegawai perlawanan tetap bertegas dengan keputusan berkenaan.

"Ia perlawanan yang sukar dan ya, memang benar kami tidak banyak menguasai bola dan mencipta peluang pada separuh masa pertama; tetapi berapa banyak peluang yang mereka (Chelsea) miliki?

Iklan

"Tetapi kesukaran sebenar adalah penalti yang bukannya ‘penalti’yang telah menentukan keputusan perlawanan dan ia adalah sesuatu sukar diterima kerana ia agak menyakitkan untuk tewas dengan cara sebegini.

"Walaupun saya memiliki hubungan baik dengan Marriner, tetapi ecara keseluruhannya, saya tetap tidak suka dengan prestasi yang ditunjukkannya pada perlawanan ini,” katanya.

Iklan

Insiden pada minit ke-24 itu menyaksikan Marriner memberikan sepakan penalti kepada The Blues dengan mendakwa Eric Dier menjatuhkan Timo Werner dalam kotak penalti.

Jorginho kemudiannya meyempurnakan sepakan penalti berkenaan untuk memastikan kemenangan The Blues yang melonjak kepada kedudukan keenam EPL dengan 36 mata hasil 10 kemenangan, enam seri dan tewas enam kali daripada 22 perlawanan.

Mengulas prestasi kesebelasan Chelsea Mourinho berkata, dia dapat menyaksikan kesebelasan pemain menunjukkan kebangkitan pada lewat separuh masa kedua.

Katanya, ia perkembangan positif biarpun kesebelasan pemain dilihat agak bergelut pada separuh masa pertama terutamanya akibat pengaruh sepakan penalti yang diberikan pengadil kepada pelawat.

"Kita turut memiliki peluang menjaringkan gol oleh Vinicius pada lewat perlawnaan dan saya lihat banyak perkara positif yang boleh dimanfaatkan pemain menjelang aksi dengan West Brom, Ahad ini.

"Selain itu, kita juga berharap agar Harry Kane segera pulih daripada kecederaan dan boleh diturunkan Ahad nanti,” katanya.

A clash of cultures as Tuchel's Chelsea take on J