Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertugas memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebelum memasuki Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, untuk membeli barang keperluan harian ketika tinjauan hari ini.
Seramai tiga juta anggota RELA di seluruh negara digerakkan bagi membantu tugas penguatkuasaan pelaksanaan SOP di tempat awam dan premis perniagaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika mengumumkan perkara itu, berkata langkah itu sebagai tambahan anggota penguatkuasa sedia ada bagi melaksanakan arahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. - Foto Bernama