Majikan diminta jalankan ujian saringan terhadap pekerja
Iklan
Chow Kon Yeow
GEORGETOWN - Seramai 47,446 warga asing berdaftar dan tidak berdaftar di bawah Program Saringan Covid-19 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Pulau Pinang telah menjalani ujian saringan sehingga Khamis.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, data tersebut dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang-Pengurusan Pandemik Covid-19 yang berlangsung secara maya pada pagi Jumaat.
Iklan
Iklan
"Sehubungan itu, kerajaan negeri meminta semua majikan meneruskan inisiatif saringan dalam kalangan pekerja manakala kekangan kos serta penyediaaan stesen kuarantin yang dihadapi akan diusahakan pihak-pihak berkaitan dengan sebaik mungkin," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, Kon Yeow mengumumkan kadar saringan pekerja asing oleh Perkeso di Pulau Pinang sehingga 31 Januari lalu belum mencapai 50 peratus.
Iklan
Susulan itu, kerajaan negeri kini melihat kepada kerjasama dengan pihak swasta termasuk Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Cawangan Pulau Pinang untuk mempercepatkan saringan terhadap pekerja sama ada warganegara dan bukan warganegara di negeri ini.
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, terdapat tujuh kluster aktif di Pulau Pinang sehingga 4 Februari dilaporkan oleh JKNPP.
Iklan
"Bagi mengendalikan penilaian pesakit yang menjalani rawatan di rumah, sebanyak 27 buah Pusat Penilaian Covid-19 (Covid-19 Assessment Centre, CAC) telah diwujudkan termasuk secara pandu lalu.
"Selain itu, Mesyuarat JKKN Pulau Pinang mengambil maklum berhubung rayuan sektor-sektor peruncitan serta perdagangan untuk beroperasi dan ia akan dipanjangkan serta dibincang dengan lebih lanjut di peringkat Persekutuan bagi menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umum," katanya.
Tambahnya, Pelan Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 sebagai keseragaman bekalan vaksin ke negeri ini sedang berjalan bersama JKNPP.
"JKNPP berperanan untuk meneliti spesifikasi logistik seperti dewan-dewan bakal digunakan, barisan sukarelawan dan tiga fasa pelaksanaan yang dijangka dimulakan pada penghujung bulan ini," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan mengaktifkan jawatankuasa dan kumpulan kerja pemerkasaan komuniti terutamanya di peringkat daerah.
"Jawatankuasa ini bukan hanya memfokuskan kepada penguatkuasaan serta pencegahan, malah kempen-kempen komunikasi iaitu penyampaian keseragaman informasi memfokuskan kawasan-kawasan berisiko tinggi atau ‘hotspots’ pada peringkat lokaliti secara menyeluruh.
"Umumnya, kerajaan negeri mahu komuniti serta individu memainkan peranan masing-masing kerana pendirian dan sikap kita sendiri terutamanya berhubung pematuhan SOP merupakan vaksin paling berkesan ke arah memutuskan rantaian penularan pandemik ini," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam