Barangan kitar semula terbakar

Iklan
Jentera bomba kelihatan bergegas ke lokasi kejadian berikutan kebakaran membabitkan longgokan barangan kitar semula di tepi sebuah kilang di kawasan Perindustrian Kota Puteri di sini pada Jumaat.

SABAK BERNAM - Longgokan barangan kitar semula di tepi sebuah kilang di kawasan Perindustrian Kota Puteri di sini musnah dalam kebakaran pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.25 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dan Kuala Selangor bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di tempat kejadian kami mendapati kebakaran membabitkan barangan kitar semula di tepi kilang terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Hafisham berkata, kebakaran tidak merebak ke struktur bangunan kilang dan tiada mangsa yang cedera.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan