Inap desa jadi kasino haram

Iklan
Mereka menggunakan premis inap desa sebagai tempat menjalankan perjudian ‘poker’ dan bergerak dari satu inap desa ke inap desa lain untuk mengelak kegiatan dikesan polis. - Foto 123RF

KUCHING - Polis Sarawak berjaya mematahkan aktiviti perjudian haram ‘ala kasino’ dalam serbuan di sebuah rumah di Stutong Baru kira-kira jam 6.50 petang Khamis dan menahan tujuh lelaki serta seorang wanita berumur antara 22 dan 48 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, mereka menggunakan premis inap desa sebagai tempat menjalankan perjudian ‘poker’ dan bergerak dari satu inap desa ke inap desa lain untuk mengelak kegiatan mereka daripada dikesan polis.

Iklan
Iklan

"Antara yang dirampas dalam serbuan itu adalah meja poker ‘ala kasino’, 273 cip poker, 104 keping daun terup, cip ‘dealer’, lapan buah kerusi, sebuah monitor, seunit tetikus, perakam video, dua kunci dan alat kawalan jauh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuching di sini pada Jumaat.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah pub di sini pada Rabu lepas, Aidi berkata tiga lelaki ditahan selepas dipercayai bermain judi haram 'blackjack' sambil meminum minuman keras di premis berkenaan kira-kira jam 10.30 malam.

Iklan

"Ketiga-tiganya yang berusia antara 35 dan 55 tahun adalah pelanggan yang saling mengenali di antara satu sama lain di premis itu dan turut dirampas adalah seunit monitor, seunit dekoder, seunit tetikus, 52 keping daun terup dan wang tunai berjumlah RM3,600,” katanya.

Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM5,000 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. - Bernama

Iklan