TMJ berkenan beri sumbangan kepada usaha Ebit Lew

Iklan
Tunku Ismail berkenan menerima menghadap pendakwah, Ebit Lew hari ini. - Foto Facebook Ebit Lew

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memberikan sumbangan kepada usaha kebajikan pendakwah Ebit Lew, supaya dapat membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.

Menerusi hantaran berserta gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima menghadap pendakwah berkenaan hari ini.

Iklan
Iklan

"Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan. Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.

"Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew, agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya,” menurut Tunku Ismail menerusi hantaran berkenaan.

Iklan

Tunku Ismail turut berharap, Ebit Lew selalu dirahmati dan diberkati Allah. - Bernama