Maut rempuh pokok berhampiran Litar Pasir Gudang

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan pemandu yang tersepit selepas melanggar sebatang pokok berhampiran Litar Pasir Gudang, Pasir Gudang pada Jumaat.

PASIR GUDANG - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar pokok berhampiran Litar Pasir Gudang, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pada jam 6.09 petang, kereta Proton Wira dipandu M Nor Sabirin Zainal, 21, hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

Iklan
Iklan

Kemalangan tersebut mengakibatkan kereta tersebut seakan 'melekat' pada pangkal pokok dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Iklan

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Shahrol Suboh berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas Res-Q Tools.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira 30 minit dan disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan yang hadir. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Operasi tamat pada jam 6.50 petang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.