Sultan Selangor seru rakyat hayati Khutbah Jumaat mengenai rasuah

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan inti pati khutbah Jumaat di Selangor menyentuh mengenai budaya rasuah yang merbahaya kepada umat Islam.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam khususnya di negeri ini untuk memahami dan menghayati inti pati khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib di masjid-masjid seluruh Selangor pada Jumaat.

Baginda berpandangan tajuk khutbah Perasuah Perosak Agama Bangsa amat tepat dan terperinci serta boleh menjadi peringatan memandangkan situasi rasuah di negara ini yang kian meruncing.

Iklan
Iklan

Inti pati khutbah Jumaat di Selangor menyentuh mengenai bahaya budaya rasuah yang akan membawa kesan kepada kehancuran sesebuah tamadun agama dan bangsa.

Teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu turut menyatakan, perbuatan rasuah merupakan satu bentuk pemerkosaan kejam terhadap sistem kehidupan beragama, masyarakat dan negara.

Iklan

Katanya, Islam menetapkan rasuah sebagai perbuatan dosa besar kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan salah.

"Tidak rasa bersalahkah kita dengan membawa pulang hasil pendapatan untuk membina kemewahan dan meninggalkan legasi haram kepada ahli keluarga serta keturunan?

Iklan

"Ahli keluarga dan anak-anak yang membesar dengan sumber haram bukan sahaja tidak akan mendapat kebahagiaan bahkan hatinya juga keras malah jiwanya mudah cenderung melakukan perkara-perkara haram," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah: Pemerkosaan kejam sistem kehidupan

Dalam pada itu, teks khutbah berkenaan berkata, rasuah juga akan menyebabkan tertolaknya ibadah dan doa kerana terkesan daripada sumber haram yang diperoleh tersebut.

Terdahulu, baginda memuji langkah akhbar Sinar Harian yang berani tampil dengan laporan pelbagai perspektif mengenai realiti sebenar isu rasuah di Malaysia melalui segmen Rasuah Busters.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, Sultan Sharafuddin mengulangi kebimbangan baginda mengenai peningkatan isu membabitkan gejala rasuah dan penyebaran berita palsu berunsur fitnah dalam kalangan rakyat, ahli politik dan penjawat awam.