Pertemuan bersemuka bersama Jokowi lebih mesra, konstruktif

Iklan
Muhyiddin (kiri) disambut oleh Presiden Indonesia Joko Widodo sebelum diberikan sambutan negara di Istana Merdeka hari ini sempena lawatan rasmi dua hari ke Indonesia. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pertemuan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang berlangsung selama empat jam hari ini lebih mesra dan konstruktif berbanding perbincangan secara persidangan video.

Menerusi hantaran Facebook rasminya pada Jumaat, Muhyiddin berkata perbincangan secara bersemuka itu memberi ruang bagi kedua-dua pemimpin mengorak langkah untuk meningkatkan hubungan sedia ada ke peringkat lebih tinggi.

Iklan
Iklan

"Alhamdulilah, lawatan rasmi saya ke Indonesia berakhir dengan beberapa persetujuan bersama dicapai yang tentunya akan memacu hala tuju hubungan kerjasama kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

"Lawatan ini, pada saya sangat bermakna apabila dua pemimpin utama negara dapat berbual dan berbincang secara bersemuka selama empat jam dalam satu lawatan rasmi, yang tentunya memberi banyak ruang untuk kami mengorak langkah meningkatkan hubungan sedia ada ke peringkat lebih tinggi atau lebih strategik,” menurut hantaran itu.

Iklan

Beliau turut menyatakan antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuan empat mata itu adalah pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), diskriminasi minyak sawit dan kerjasama dalam menangani Covid-19 serta pergolakan politik semasa di Myanmar.

Lawatan rasmi atas undangan khas Jokowi ini amat bermakna dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia, kata beliau dalam hantaran itu. - Bernama

Iklan