Pengantin, pengiring ingkar PKP ditahan

Iklan
Video tular di media sosial menunjukkan pengantin dan pengiring pasangan pengantin ditahan.

LANGKAWI - Sepasang pengantin bersama 17 pengiring ditahan selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dekat Taman Nilam kira-kira 6.30 petang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka ditahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian disedari apabila sepasang pengantin bersama pengiring dilihat sedang leka bergambar kenangan berdekatan sungai di kawasan berkenaan.

"Kesemua 19 individu termasuk pasangan pengantin berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ditahan kerana ingkar arahan PKP,"katanya ketika dihubungi.

Iklan

Menurut Shariman, kesemua mereka dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan terbabit.

Beliau berkata, polis akan meningkatkan pemantauan di kawasan terbabit kerana didapati sering dijadikan lokasi orang ramai berkumpul dan bergambar.

Iklan

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 22 saat menunjukkan kesemua mereka termasuk pengantin dan pengiring yang berpakaian sedondon ditahan polis.