Peranan besar rumah ibadat perangi rasuah

Iklan
Gowri

SHAH ALAM – Kuil atau rumah-rumah ibadat memainkan peranan yang besar dalam memberi pengajaran agama dan moral kepada penganutnya terutama dalam memerangi kegiatan rasuah.

Penolong Setiausaha Kebangsaan Malaysia Hindu Sangam (MHS), Gowri PS Thangaya berkata, kebanyakan organisasi seperti mereka menjalankan pelbagai program dan kelas bimbingan dengan kerjasama pihak kuil dalam memberi pendedahan mengenai amalan rasuah kepada penganutnya termasuk agama Hindu.

Iklan
Iklan

"Kita membantu memberi kerjasama. Menerusi kuil pun kita ada laksanakan program kepada masyarakat Hindu bukan sahaja untuk mereka memahami, mengetahui tentang agama kami seperti hak, upacara dan sebagainya tetapi juga gaya hidup yang bermoral di dunia,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, dari segi penyampaian agama, amalan rasuah merupakan perkara yang diketengahkan dalam pengajaran kepada penganut Hindu khususnya kepada generasi muda.

Iklan

"Memang amalan rasuah ini ditegah sekeras-kerasnya oleh semua agama termasuk agama Hindu.

"Jadi dalam pengajaran kami untuk kepada generasi muda, selain lunas-lunas asas agama kami, perkara tentang duniawi yang kami maklumkan kepada mereka adalah untuk hidup sebagai Hindu yang bermoral maknanya tidak terlibat dengan amalan rasuah,” ujarnya.

Iklan

Selain daripada program bimbingan katanya, buku-buku seperti kitab Veda dan panduan-panduan asas agama Hindu turut diberikan kepada penganut Hindu.

"Perkara itu kita bawa ikut kumpulan sasaran-sasaran tertentu daripada kanak-kanak sampai orang dewasa. Kita ada program-program tertentu bagaimana kita mendekati mereka dan membawa ajaran-ajaran agama yang asas termasuk dari segi moral.

"Jadi kita ada program untuk kanak-kanak, murid-murid sekolah rendah, sekolah menengah, belia, beliawanis dan orang dewasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Rev Dr Eu Hong Seng berpendapat pendekatan yang boleh diamalkan oleh agama Kristian dalam memerangi kegiatan rasuah adalah dengan mengajar penganutnya memperkuatkan asas kepercayaan mereka.

Menurutnya, gereja dan kitab Injil merupakan medium yang sesuai untuk mendidik penganut Kristian mengenai asas-asas membentuk kepercayaan yang kuat.

"Saya akan mengatakan bahawa orang Kristian juga mesti mengajar penganut mereka sendiri. Hanya kerana orang menolong kita dengan sedikit rasuah, ini tidak akan mengubah kepercayaan kita kepada Tuhan.

"Kita akan pergi ke gereja, mengajar mereka dari kitab Injil. Kita mengajar mereka asas membentuk kepercayaan yang kuat. Kepercayaan kepada Tuhan adalah berdasarkan jenis kepercayaan kita dan kepercayaan kepada kitab Injil itu sendiri,” katanya.