AWANG tak setuju cadangan nak haramkan buku tulisan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Langkah itu akan jadikan buku itu lebih popular dan beliau jadi hero bagi sesetengah pihak.
Memang banyak orang marah dengan buku My Story: Justice in the Wilderness. Tun mantan Perdana Menteri, mantan Peguam Negara Apandi Ali dan ramai lagi memang dah suarakan bantahan.
Ada yang buat laporan polis. Ada yang nak saman. Awang fikir elok dibiarkan buku itu beredar.
Jika ia langgar Akta Rahsia Rasmi (OSA) ambil tindakan pasal pelanggaran itu. Kalau ada yang tak puas hati ambil tindakan undang-undang terhadap penulisnya.
Pada pendapat Awang biar rakyat buka mata. Biar rakyat bertanya: Apakah boleh mantan Peguam Negara dedahkan apa yang berlaku semasa dia jadi Peguam Negara?
Setahu Awang penjawat awam angkat sumpah akan ikut peraturan dan kod etika. Mereka pegang amanah.
Awang kesian pada Tun mantan Perdana Menteri. Banyak orang marah dia lantik Tommy Thomas. Patutnya Tommy Thomas balas budi orang yang lantik beliau.
Sebaliknya dia buat pendedahan yang khabarnya tak betul berhubung soal Tun mantan Perdana Menteri.