Tindakan Tommy beri kesan kepada negara

Iklan
Gambar kecil: Rusdi Omar

KOTA BHARU - Tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menghasilkan buku 'My Story: Justice in The Wilderness' memberi kesan kepada seluruh kepimpinan negara dan ia bukanlah satu tindakan bijak untuk mengekspresikan emosi terhadap pemerintahan kini.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Rusdi Omar berkata, tindakan tersebut didakwa mempunyai agenda tersendiri terutamanya untuk menyerang individu tertentu.

Iklan
Iklan

"Mungkin untuk menunjukkan pemimpin utama kerajaan tidak ada integriti dan amanah walaupun sebenarnya ia tidaklah berlaku sedemikian.

"Ataupun mahu menunjukkan pemimpin-pemimpin politik dalam kerajaan ini tidak boleh dipercayai, pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, walau apa sekalipun yang ditulis melibatkan buku tersebut hanyalah pandangan mereka yang berkenaan, bukan menggambarkan situasi sebenar pemerintah negara.

Malah katanya, tindakan Tommy juga sebenarnya memakan diri sendiri apabila dilihat lantang mempertikaikan banyak perkara sejak dia berada di kerusi Peguam Negara.

Iklan

"Semua benda dia tidak puas hati. Ia memburukkan imej negara dan ramai orang, tidak sepatutnya tulis seperti itu. Imej kerajaan dan kakitangan awam teruk terkesan.

"Imej Yang di-Pertuan Agong pun sama, ini boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan sebagainya. Jangan ingat apa yang kita suarakan itu membuatkan orang suka kita, dia silap,” katanya.