Hina kerabat diraja Johor, empat laporan polis diterima

Iklan
Ayob Khan

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan menerima empat laporan berhubung kenyataan memperlekehkan kerabat diraja Johor yang dimuat naik atas nama Faruq Sungib di Facebook pada Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay berkata, polis kini sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) sebelum mengambil tindakan ke atas pemilik akaun tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti akaun Faruq Sungib yang digunakan oleh seorang individu berusia 25 tahun dan berasal dari Batu Pahat dan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan dan Multimedia.

"Selain itu seorang lagi individu dikenali sebagai Muaz akan disiasat kerana memuat naik kenyataan jelik terhadap kerabat diraja Johor," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor di sini pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu Ayob memberitahu, sebanyak tujuh kertas siasatan telah dibuka terhadap isu yang yang sama dan satu kes telah dituduh di mahkamah manakala enam lagi masih dalam tindakan pendakwa raya.

"Jangan ada sebarang gerakan dan cubaan mengaibkan dan memecah keamanan terhadap institusi diraja yang merupakan tiang seri kepada Perlembagaan negara.

Iklan

"Polis akan ambil tindakan, ini bukan isu institusi diraja tetapi membabitkan semua pihak," katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Persatuan Pesara Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) membuat laporan polis di IPD Johor Bahru SelatN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook 'Faruq Sungib' kerana didakwa memperlekehkan kerabat diraja Johor.

Setiausahanya, Mohd Nazli Hamdan berkata, kenyataan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, reman 17 suspek ahli sindiket Macau Scam yang beroperasi di sebuah rumah inap desa di Bandar Penawar, Kota Tinggi, disambung tiga hari lagi bermula Sabtu.

Selasa lalu, Polis Johor dilaporkan menahan suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam termasuk dua wanita, berusia 22 hingga 33 tahun, dalam satu serbuan dibuat di inap desa tersebut.