Penunjuk perasaan Sepanyol bantah rundingan dengan pemisah Catalonia

Iklan
Anggaran 45,000 penunjuk perasaan terdiri daripada penyokong konservatif Sepanyol berhimpun di Madrid. - Foto BBC

MADRID - SEPANYOL. Anggaran 45,000 penunjuk perasaan terdiri daripada penyokong konservatif Sepanyol berhimpun di Madrid semalam, membantah cadangan kerajaan mengadakan perbincangan dengan pemisah Catalonia yang menuntut kemerdekaan.

Parti Popular (PP) dan parti Ciudadanos (Rakyat) berkata, rancangan Perdana Menteri Pedro Sánchez dari parti pemerintah Sosialis, untuk melantik orang tengah boleh dianggap pengkhianatan terhadap negara.

Iklan
Iklan

Penunjuk perasaan yang melaungkan slogan 'Hidup Sepanyol!' turut mendesak agar pilihan raya yang dijadualkan pada tahun 2020 diadakan lebih awal.

Dalam pada itu, usaha Catalonia menuntut kemerdekaan menjebak Sepanyol ke dalam krisis politik terbesar sejak 40 tahun lalu.

Iklan

Terletak di timur laut Sepanyol dan dihuni 7.5 juta penduduk, wilayah kaya Catalonia mempunyai Parlimen, bendera, bahasa dan lagu kebangsaan mereka sendiri.

Ia turut memiliki pasukan polis sendiri di samping mempunyai kawalan ke atas beberapa perkhidmatan awamnya.

Iklan

Autonomi wilayah Catalonia digantung selama hampir tujuh bulan oleh Madrid selepas gagal menuntut pembebasan dari Sepanyol. - BBC