Gerai yang mula beroperasi pada Khamis lepas atas inisiatif Duyong Marina & Resort demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya berikutan perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pengurus Besarnya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, gerai nasi bajet ini turut menyuntik motivasi dalam kalangan pekerja bahawa pihak pengurusan tidak lepas tangan atau berpeluk tubuh sahaja dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar ini, sebaliknya terus bersama-sama bekerja demi kelangsungan resort tersebut.