Vardy bakal beraksi berdepan Wolves

Iklan
Vardy

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers mengesahkan penyerang The Foxes Jamie Vardy bakal beraksi berdepan Wolves di Stadium Molineux, Ahad ini.

Menurut Rodgers, penyerang berusia 34 tahun itu dilaporkan kembali cergas setelah menjalani pembedahan hernia baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Rodgers menegaskan Vardy mungkin tidak akan berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan bagi mengharungi perlawanan berkenaan.

"Apa yang boleh saya katakan adalah Vardy akan berada dalam senarai kesebelasan pasukan, cuma kita tidak mahu terburu-buru menurunkannya.

Iklan

"Mungkin kita akan menurunkannya sebagai pemain gantian, tetapi apa yang kita cuba lakukan sekaran adalah untuk menurunkannya pada saat dan ketika yang bersesuaian,” katanya.

Vardy yang telah pun meledak 13 jaringan setakat ini dalam semua pertandingan, telah terlepas tiga aksi bersama The Foxes setelah menjalani pembedahan hernia pada Januari lalu.

Iklan

Leicester kini berada pada kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 42 mata hasil 13 kemenangan, tiga seri dan tewas enam kali daripada 22 perlawanan.

Sementara itu Rodgers turut menegaskan kunjungan ke Stadium Molineux bakal menyaksikan The Foxes berkemungkinan tidak dapat menurunkan Wilfred Ndidi, Wes Morgan, Dennis Praet, Wesley Fofana dan Timothy Castagne yang mengalami masalah kecederaan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya telah mengenal pasti pemain-pemain lain bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain-pemain berkenaan.

"Untuk perlawanan dengan Wolves, kita ada ramai pemain yang mengalami kecederaan, namun kita juga telah bersedia untuk menurunkan pemain-pemain gantian kali ini,” katanya.