Buku Tommy Thomas tidak gambarkan realiti sebenar

Iklan
Tuan Ibrahim

KOTA BHARU - Kenyataan yang ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness tidak menggambarkan realiti sebenar pentadbiran negara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, malah tindakan Tommy yang tidak menyentuh isu kes Lim Guan Eng dalam buku tersebut juga dilihat bagaikan sedang menyembunyikan sesuatu.

Iklan
Iklan

"Tulisan beliau dipertikai banyak pihak dan fakta-fakta yang diberikan itu juga tidak menepati realiti yang berlaku.

"Bahkan Peguam Negara tidak sepatut buat tulisan begitu malah ada yang disembunyikan dan langsung tidak disentuh. Isu gugurkan kes Lim Guan Eng dan sebagainya.

Iklan

"Kenapa tidak disentuh dalam itu. Ada sesuatu yang diselindung,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Kit SOP Kedai Gunting Rambut di The Jangot’s, Kubang Kerian di sini pada Sabtu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa gabungan Perikatan Nasional (PN) tidak kukuh, Tuan Ibrahim berkata, pandangan tersebut hanyalah pendapat peribadi pemimpin itu sahaja.

Iklan

Katanya, hubungan ketiga-tiga pihak sentiasa dimantapkan dan UMNO dan Pas juga turut mengadakan rundingan supaya hubungan yang ada terus dikukuhkan.

"Pas kekal dengan pendirian untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pertahankan PN. Jadi apa jadi sekalipun, kita masih harap tiga parti ini masih boleh bincang bersama dan cari penyelesaian.

"Isu pertamanya ialah kerusi, saya tengok sebenarnya kita ada ruang untuk bincang dan kalau ada masalah sekalipun kena duduk bersama dan bincang. Mungkin ada 20 atau 30 peratus isu yang kritikal tapi 80 peratus lagi selesai,” katanya.