'Banjir darah' landa kampung di Indonesia

Iklan
Seluruh kampung Jenggot di bandar Pekalongan itu dilanda banjir berwarna merah. - Foto Agensi

JAKARTA - Sebuah perkampungan di Indonesia ditenggelami 'banjir darah' selepas banjir melanda sebuah kilang batik pada Sabtu dan insiden itu turut menjadi tular di media sosial.

Ribuan pengguna Twitter berkongsi gambar dan video kampung Jenggot di bandar Pekalongan di Jawa Tengah yang tenggelam dengan air berwarna merah sehingga ada yang menggelar ia sebagai darah.

Iklan
Iklan

"Saya bimbang jika gambar ini jatuh ke tangan penyebar berita palsu. Mereka pasti akan mencetuskan ketakutan terhadap golongan yang akan percaya ia sebagai tanda kiamat, hujan darah dan sebagainya," kata pengguna laman blog mikro itu, Ayah E Arek-Arek.

Bandar Pekalongan dikenali sebagai sebuah kota terkenal dalam penghasilan batik secara tradisional.

Iklan

"Kadangkala ada juga lopak air berwarna ungu di jalan raya," kata seorang lagi pengguna Twitter, Area Julid yang mendakwa dia menetap di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Bantuan Bencana Pekalongan, Dimas Arga Yudha mengesahkan foto dan rakaman yang telah menjadi tular tersebut.

Iklan

"Banjir darah itu berlaku kerana warna batik. Ia akan hilang apabila bercampur dengan air hujan," jelasnya.

Bulan lalu, banjir hijau terang turut menenggelamkan kawasan perkampungan di utara bandar tersebut. - Agensi