KUCHING - Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lalu meningkat sedikit kepada 1,002 orang pagi ini (Ahad) berbanding 934 petang pada Sabtu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang masih beroperasi setakat 8 pagi ini kekal 14 PPS.