Covid-19: Dua rakyat Malaysia kes import baharu di Singapura

Iklan
Dua rakyat Malaysia adalah antara 26 kes import baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura.

SINGAPURA - Dua rakyat Malaysia adalah antara 26 kes import baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Menurut data penuh yang dikeluarkan kementerian itu di sini lewat malam pada Sabtu, kes tersebut masing-masing membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun dan wanita berusia 35 tahun, adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia.

Iklan
Iklan

Setakat tengah hari Sabtu, tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan di sini dan semua kes adalah diimport, sekali gus menjadikan keseluruhan kes 59,675.

Daripada 26 kes baharu yang diimport itu, 25 adalah tanpa gejala manakala satu-satunya kes bergejala membabitkan wanita rakyat Malaysia.

Iklan

Kes import lain adalah dari Bangladesh, Gabon, India, Indonesia, Jerman, Myanmar, Filipina, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 39 tahun yang pulang dari Malaysia juga merupakan antara kes import tanpa gejala di sini.

Iklan

Setakat ini, terdapat tiga kluster di Singapura. - Bernama