WELLINGTON - NEW ZEALAND. Kebakaran hutan yang melanda New Zealand sejak awal minggu lalu dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, namun ia dilaporkan semakin jauh dari penempatan penduduk.
Kira-kira 3,000 penduduk Wakefield yang diarah pindah Sabtu lalu ekoran kebakaran yang melanda hanya dua kilometer dari kawasan kediaman mereka kini dibenarkan pulang, namun penduduk dingatkan bahawa arahan pemindahan akan dikeluarkan semula sekiranya perlu.