Persiapan Pusat CAC

Iklan

Suasana di dalam Stadium Melawati, Shah Alam, yang akan beroperasi sebagai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi daerah Petaling mulai esok, ketika tinjauan persiapan di stadium tersebut hari ini.

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata CAC itu akan menggantikan CAC Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di SS15 berikutan kapasitinya yang boleh menampung lebih ramai pesakit COVID-19.

Iklan
Iklan

CAC itu akan memainkan peranan untuk menilai pesakit COVID-19 sebelum menempatkan mereka di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Serdang atau hanya diarah menjalani kuarantin di rumah. - Foto Bernama