SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menjadi salah seorang daripada tiga tokoh media yang akan duduk sepentas bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi membincangkan topik berkaitan situasi terkini wabak Covid-19 di Selangor.
Program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam ini.