Malaysia tolak kempen LGBTQ diiktiraf Joe Biden

Iklan
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysia menolak kempen yang dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang mana mahu mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia.

Pentadbiran AS memasukkan sekali golongan interseks (khunsa) dalam kelompok itu tetapi ia tidak termasuk dalam pendirian kerajaan kerana khunsa berbeza dengan LGBT dan bukanlah sesuatu yang melanggar fitrah manusia serta dibincangkan secara mendalam dari sudut perspektif sains dan fiqh.

Iklan
Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, budaya LGBTQ itu sememangnya menyalahi normal manusia biasa.

"Ini kerana ia bertentangan dengan syariat Islam dan kerajaan tidak menyokong sebarang kempen yang dilabelkan sebagai LGBTIQ di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan Joe Biden melancarkan sebuah kempen yang menyokong golongan LGBTIQ di luar negara.

Beliau sekali gus meletakkan hak asasi golongan itu pada tahap lebih tinggi dalam agenda dasar luar negara AS berbanding sebelum ini.

Iklan

Joe Biden turut mengarahkan semua agensi kerajaan AS di luar negara untuk mempromosikan hak asasi LGBTIQ malah mengemukakan perancangan dalam tempoh 180 hari.