Bomba selamatkan enam anjing terperangkap dalam lubang sampah

Iklan
Anggota bomba menyelamatkan enam ekor anjing yang terperangkap dalam lubang di tapak pelupusan sampah Maokil 1, Labis, pada Ahad.

LABIS - Anggota bomba menyelamatkan enam ekor anjing yang terperangkap dalam lubang di tapak pelupusan sampah Maokil 1 di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penguasa Bomba Kanan II Sharfini Nasar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 18 anggota dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dari BBP Labis dikejarkan ke tapak pelupusan sampah tersebut.

"BBP Labis turut dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Bandar Baru Segamat. Kita dapati sekumpulan anjing terperangkap dalam sebuah lubang kolam air tadahan milik syarikat SWM," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya, semua anjing itu yang terperangkap dalam lubang sedalam 4.5 meter diselamatkan dengan menggunakan tali dan palet kayu.

Menurut beliau, enam anjing tersebut kemudian dilepaskan ke kawasan selamat dan operasi tamat jam 11.27 pagi.

Iklan