PDB raih Anugerah Platinum Putra Brand

Iklan
Azrul Osman Rani

SHAH ALAM - Petronas Dagangan Berhad (PDB) meraih Anugerah Platinum Putra Brand bagi kategori bahan api automotif, pelincir dan aksesori untuk tahun ke-11 berturut-turut pada Anugerah Putra Brand.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Osman Rani berkata, kemenangan berturut-turut itu membuktikan penambahbaikan berterusan PDB ke atas rangkaian produknya terutamanya bahan api Petronas Primax dan pelincir Petronas Syntium yang memberikan pelanggan keyakinan terhadap jenama itu sejak bertahun-tahun.

Iklan
Iklan

"Gabungan Primax dan Syntium Petronas yang memenangi anugerah itu telah digunakan oleh pasukan kereta lumba Formula Satu Mercedes-AMG Petronas untuk menjuarai kategori Pengeluar Kejohanan Formula Satu buat kali ketujuh pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Azrul berkata, syarikat itu komited untuk menawarkan produk dan tawaran lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pelanggan pada masa ini dan akan datang bagi memastikan Petronas kekal menjadi jenama pilihan.

Iklan

Mengulas lanjut, menurutnya, setelah memperkenalkan Petronas Primax 95 baru dengan Pro-Drive pada tahun 2019 banyak kejayaan dan pengiktirafan dicapai, syarikat baru-baru ini memperkenalkan Petronas Primax 97 dengan Pro-Race yang lebih baik pada bulan Disember 2020.

"Dikenali sebagai bahan bakar terbaiknya, Petronas Primax 97 baru dengan Pro-Race telah direka untuk memenuhi permintaan enjin berteknologi tinggi, memberikan mereka prestasi yang lebih kuat, responsif dan cekap,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, syarikat juga terus memperkenalkan penawaran inovatif baharu untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui Setel dan ROVR.

"Pengguna Open Setel kini dapat menikmati pengalaman pengisian bahan bakar yang lebih selamat dan lancar di pam dan membayar menggunakan Setel Wallet di Kedai Mesra di seluruh negara terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Katanya, PDB juga baru-baru ini melancarkan Segar@Mesra yang berkonsepkan petani ke pengguna yang menawarkan hasil segar dari ladang tempatan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga berpatutan.