Ebit Lew guna wang sumbangan TMJ beli 500 gajet

Iklan
Ebit Lew bersama gajet yang dibelinya dengan menggunakan wang sumbangan TMJ bagi membantu pelajar menjalani sesi PdPR ekoran penularan Covid-19.

JOHOR BAHRU - Pendakwah terkenal, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 membeli sebanyak 500 unit gajet.

Beliau berkata, kesemua gajet berkenaan akan diagihkan kepada pelajar memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Iklan
Iklan

"Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.

"Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya dalam hantaran terbaharu menerusi Facebook miliknya pada Isnin.

Iklan

Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi RM200,000 kepada pendakwah popular itu di Istana Bukit Pelangi di sini.

Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk Johor.

Iklan

Menurut Tunku Ismail, Ebit sering menolong rakyat, terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan dan melakukan usaha-usaha kebajikan.