Derhaka paling dahsyat jika kerajaan 'sengaja' lanjutkan PKP, darurat

Iklan
Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap spekulasi bahawa kerajaan sengaja leka melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan membiarkan kes Covid-19 tinggi supaya PKP dan darurat boleh dipanjangkan adalah tidak benar.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia adalah derhaka paling dahsyat kepada rakyat kerana kesihatan dan kesejahteraan mereka untuk jangka masa panjang sengaja dikorbankan.

Iklan
Iklan

"Jangan dibuat PKP separuh masak dengan penuh kelonggaran. Apa manfaat yang rakyat dapat daripada tempoh 27 hari PKP 2.0 separuh masak setakat ini?

"Kes Covid-19 masih kekal tinggi dengan 3,731 kes baru semalam (Ahad). Kes aktif Covid-19 pula cecah rekod lagi semalam (Ahad) dengan 51,241 pesakit. Dibuat pula benda pelik seperti wujudkan laluan hijau dengan Indonesia di mana keadaan Covid-19 tidak kurangnya genting berbanding Malaysia.

Iklan

"Saya harap spekulasi rakyat bahawa kerajaan sengaja leka untuk PKP 2.0 ini agar kes Covid-19 tetap tinggi supaya PKP dan darurat boleh dipanjangkan adalah tidak benar,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, PKP 2.0 lebih susah berbanding PKP yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu berikutan simpanan dan rizab sektor swasta serta rakyat terutamanya sudah habis digunakan.

Iklan

"Bantuan kerajaan juga banyak berkurang dan kita seperti tidak lagi nampak jalan keluar dari kesempitan apabila kes Covid-19 tetap tinggi sepanjang PKP.

"Seperti yang saya kata, kesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berpanjangan lebih parah berbanding PKP amat ketat yang singkat tetapi berjaya mengawal Covid-19 agar tidak perlu dilanjutkan berkali-kali.

"Sebab itu, saya berkali-kali suruh kerajaan buat PKP dengan betul dan amat ketat dengan bantuan kerajaan yang sewajarnya supaya kesannya singkat serta tidak perlu dilanjutkan berkali-kali,’ tegasnya.