SHAH ALAM – Pusat membeli-belah, MyTOWN KL menyambut Tahun Baharu Cina dengan dihiasi dekorasi lembu di ‘Oxpicious Beginnings’ di samping pokok ceri hiasan yang mekar di pusat membeli-belah itu sehingga 28 Februari nanti.
MyTOWN memaklumkan, dekorasi hebat berkenaan memaparkan bandar tenusu atau ‘Dairy City’ yang dihiasi beberapa ekor lembu dan gerai-gerai yang menyediakan aiskrim.
"Bandar berkenaan mengetengahkan tekad dan tenaga pada masa akan datang, bekerja di Dairy City untuk menghasilkan susu yang terbaik sekali gus mendorong tenaga positif terhadap kesihatan, hubungan dan perniagaan yang luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
MyTOWN berkata, di Dairy City, terdapat pelbagai gerai yang menjual makanan seperti Mew Market CNY, Hock Wong, JMM Cookies dan sebagainya.
"Sebagai menghargai pembeli di MyTOWN pada Tahun Baharu Cina, mereka boleh menebus satu beg Udderly Adorable apabila mereka membeli di MyTown daripada harga RM300 dengan maksimum tiga resit,” katanya.
MyTOWN juga akan memberikan hadiah kepada pembeli satu set MyTOWN Moolah atau Pinkfong x Alliance Bank Angpau dengan berbelanja dalam satu resit.
Selain itu, pembeli juga boleh menebus RM8 bagi setiap pembelian RM100 di IKEA apabila mereka berbelanja di MyTOWN.
"Tidak ada yang membosankan pada perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini. Pembeli boleh bermain permainan ‘Cow Cow Milk’ dan muat turun video mereka di Instagram dengan tanda pagar #MyTOWNKL dan #Cowcowmilk,” katanya.