Alasan keluar awal pagi beli makanan untuk edar dadah

Iklan
Agus (tengah) bersama pegawainya menunjukkan motosikal digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah sekitar Sungai Besar pada sidang akhbar di IPD Sabak Bernam pada Isnin.

SABAK BERNAM - Helah seorang pengedar dadah yang memberi alasan keluar awal pagi kerana ingin membeli makanan bungkus terbongkar selepas ditahan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di Jalan Panchang Bedena di sini pada Jumaat.

Suspek yang merupakan penganggur berusia 36 tahun itu ditahan oleh anggota RCJ yang membuat rondaan dan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kejadian jam 3 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan pada badan suspek pada mulanya tidak menemui sebarang penemuan barangan salah.

Iklan

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pada motosikal ditunggang suspek menemui dua peket lut sinar dadah jenis heroin dan syabu yang disembunyikan di dalam bekas bawah tempat duduk motosikal terbabit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini pada Isnin.

Agus Salim berkata, dadah jenis heroin seberat 222.59 gram dan 100.42 gram dadah jenis syabu itu dianggarkan bernilai RM11,700.

Iklan

"Selain dadah, polis turut merampas motosikal digunakan suspek," katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Sungai Besar.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan narkotik.

"Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.