LANGKAWI - Tindakan 17 individu yang teruja menyambut hari lahir di sebuah rumah di kawasan Makam Mahsuri di sini membawa padah selepas mereka dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis sosial.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 32 tahun itu ditahan sekitar jam 1 pagi pada Ahad ketika anggotanya mengadakan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP Covid-19.