Suami meninggal dunia di sisi jenazah isteri

Iklan
Kedua jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Sukorejo. -Foto Kompas

JAWA - Seorang suami meninggal dunia di sisi jenazah isterinya selepas arwah selesai membaca Yasin di Bojonegoro, Jawa Timur pada Ahad.

Menerusi laporan Kompas, sepasang suami isteri itu adalah Fathkan Sibyan, 68, dan Ummi Munawaroh, 60 tahun.

Iklan
Iklan

Ahli keluarga dan jiran tetangga yang berada di lokasi tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata kerana mereka cukup dikenali di Kampung Sukorejo.

Seorang cucu arwah, Rafi Afiyudin berkata, neneknya meninggal dunia pada 1.30 pagi (waktu tempatan) selepas kesihatannya semakin merosot.

Iklan

"Kira-kira dua jam kemudian, datuk 'mengikut' nenek. Saya mengatakan bahawa kematian datuk cukup mengejutkan kami.

"Ini kerana, pada waktu itu datuk kelihatan sihat dan cergas. Cuma, datuk kelihatan sangat sedih sebaik mengetahui isterinya telah meninggal dunia," katanya.

Iklan

Rafi mengatakan, ketika kejadian, datuknya sudah selesai membaca Yasin bersebelahan jenazah nenek dan sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.

"Datuk tiba-tiba rebah, tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

"Datuk dan nenek cukup dikenali orang kampung kerana sering keluar berdua. Mereka berdua selalu pergi ke mana-mana bersama termasuk solat berjemaah ke masjid dengan menaiki Vespa," katanya.

Sementara itu, kedua jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Sukorejo.