Polis Kelantan terima 15 laporan terhadap Tommy Thomas

Iklan
Kandungan buku My Story: Justice in the Wilderness oleh Tommy Thomas didakwa mencetuskan isu melibatkan beberapa individu di Malaysia.

KOTA BHARU - Polis Kelantan telah menerima 15 laporan polis berkaitan buku yang ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas setakat ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kesemua laporan berkenaan telah diserahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Kebanyakan laporan diterima di Kota Bharu yang dibuat oleh individu dan juga pertubuhan bukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness' tulisan Tommy itu dikatakan berbaur hasutan serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara selain didakwa memesong sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara. - Bernama

Iklan
Iklan