Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Tinggi di sini untuk perbicaraan kes yang dihadapinya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.