Permintaan meningkat, bekalan tidak banyak

Iklan
Muhammad Azri Izham menunjukkan sebahagian telefon pintar yang menjadi pilihan ibu bapa di sebuah kedai di UTC Kedah di sini.

ALOR SETAR - [LAPORAN KHAS] Permintaan ibu bapa dan waris terhadap gajet untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak masing-masing kian meningkat, namun bekalan didakwa makin sukar didapati.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa kedai peranti elektronik seperti komputer riba dan tablet di City Plaza dan UTC Kedah menjadi tumpuan ibu bapa.

Iklan
Iklan

Pekerja kedai gajet Mups Enterprise, Muhammad Azri Izham, 24, berkata, dia mendapati sambutan ibu bapa untuk mendapatkan gajet untuk anak mereka makin tinggi apabila sesi PdPR dilaksanakan.

"Sebelum ini, kebanyakan ibu bapa yang bekerja yang kerap mencari peranti elektronik untuk kegunaan mereka sendiri.

Iklan

"Bagaimanapun, kini rata-rata datang mencari telefon pintar ataupun tablet pada harga mampu milik untuk kegunaan anak-anak belajar,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa berusaha mendapatkan tablet mampu milik antara harga RM500 hingga RM800 daripada beberapa jenama.

Iklan

Sementara itu, pekerja Pusat Komputer Qasturie, Mohd Fareed Mohd Fuzee, 26, pula berkata, komputer riba terpakai juga mendapat sambutan dalam kalangan ibu bapa

"Kemungkinan, ada sebilangan ibu bapa tidak mampu membeli komputer riba baharu,maka permintaan terhadap komputer riba terpakai juga makin naik mendadak,” katanya.

Katanya, setiap hari pasti ada ibu bapa mencari komputer riba terpakai yang dijual pada harga antara RM1,000 hingga RM1,500.