Peperiksaan Norma Baharu

Iklan

Pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merasai pengalaman baharu menduduki peperiksaan akhir semester norma baharu secara bersemuka di Dewan Tuanku Canselor hari ini.

Berikutan penularan COVID-19 yang masih membimbangkan, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Akademik USIM kepada setiap pelajar sebelum memasuki dewan peperiksaan antaranya membuat saringan suhu badan, pemakaian pelitup separuh muka dan perisytiharan kesihatan. - Foto Bernama

Iklan
Iklan