SHAH ALAM - Penampilan terkini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi tumpuan warganet apabila tampil lebih langsing dan bergaya.
Transformasi menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga kini menjadi sensasi di Twitter apabila mendapat hampir 5,000 ciapan setakat jam 12.30 tengah hari pada Selasa.