Sumareh sah milik JDT

Iklan
Sumareh diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu JDT. - Foto FB Johor Southern Tigers

SPEKULASI pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya ternoktah selepas beliau secara rasmi diumumkan sebagai bintang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menerusi satu video di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) sebentar tadi, Sumareh diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT dengan menaiki sebuah kereta mewah ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Iklan
Iklan

Video ringkas pengenalan Sumareh itu dilihat hampir sama dengan video ketika JDT memperkenalkan pemain import baharu, Jonathan Herrera pada Isnin.

"Pemandu, tolong bawa saya ke kelab terbaik Malaysia," kata Sumareh dalam video berkenaan.

Iklan

Khabar angin yang mengatakan Sumareh atau lebih terkenal dengan gelaran Keli Boy bakal berhijrah ke JDT sudah kedengaran sejak beberapa minggu lalu.

Malah, timbul juga spekulasi pemain kelahiran Ghana berusia 26 tahun itu bakal menyarung jersi JDT selepas dia meninggalkan Pahang secara mengejut tahun lalu.

Iklan

Sebelum sah bersama JDT, Sumareh mewakili kelab Liga Thailand, Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang dengan mengaktifkan Klausa 8.7 dalam kontraknya.